A. Definisi Embriologi
Embriologi atau ilmu embrio merupakan bidang ilmu yang
mempelajari bagaimana sel tunggal membelah dan berubah selama perkembangan
untuk membentuk organisme multiseluler. Proses ini dinamakan
embriogenesis. Juga disebut anatomi perkembangan (developmental anatomy),
embriologi adalah spesialisasi medis yang berkaitan dengan studi tentang
pertumbuhan dan perkembangan embrio dan janin selama kehamilan – dari pembuahan
sel telur sampai kelahiran.
B. Perkembangan Embrio
Pengertian Embrio
Embrio merupakan eukariot diploid multisel dalam tahap
pertama dalam perkembangan, dari waktu pembelahan sel pertama sampai kelahiran
, penetasan, atau Perkecambahan. Bagi manusia, disebut embrio sehingga sekitar
delapan minggu setelah pembuahan, dan mulai saat itu disebut janin.
Perkembangan embrio disebut embriogenesis. Untuk organisme
yang bereproduksi secara seksual, ketika sperma bersenyawa dengan sel telur,
hasilnya adalah sel yang disebut zigot, yang mewarisi separuh DNA dari setiap
induknya. Untuk tumbuhan, hewan dan beberapa protis, zigot itu akan terpecah
secara mitosis untuk menghasilkan satu organisme multisel. Hasil proses inilah
disebut embriologi.
2.0 PERINGKAT SATU
NUTFAH(PERCANTUMAN SEL SPERMA DAN
OVUM) : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu
pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
" Sesungguhnya
Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur
yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami
jadikan dia mendengar dan melihat "
Menurut Ibn Jurair
al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang
terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara
perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran
Berasaskan
kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami
(Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan ,
tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah
lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah
perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
Dari segi fakta sains pula percantuman benih hanya boleh berlaku bila dua benih
lelaki - airmani (spermatozoa) dan wanita ( ovum ) yang matang dan elok
bergabung dan bersatu dengan sempurna. Percatuman ini dinamakan 'cenception'
Sperma / Air Mani Lelaki
Pengeluaran sperma atau airmani ditentukan oleh 2 biji batu pelir atau testis.
Jika btau pelir tersebut berukuran baik dan sempurna, maka satu pancutan dari
air mani ini kebiasaan berjumlah 100 juta benih. Malah ada lelaki yang memancut
lebih dari 150 juta benih. Paling minima ialah 60 juta. Kalau kurang dari 40
juta, kemungkinan besar akan menjadi masalah kesuburan pada lelaki.
Ovum / Telur Wanita
Nucleus sel telur atau ovum mengandungi 23
kromosom. Nucleus dan persekitaran cytoplasm sel telur dikelilingi oleh lapisan
sel yang tebal iaitu zon pellucida.
Sewaktu permulaan haid, hormon pengalak - Follicle
Stimulating Hormone (FSH) rembesan dari kelenjar pituari telah mengerakkan
follicle ovari untuk membesar.Pada kira-kira hari ke 12 putaran haid, kelenjar
pituari mengandakan pengeluaran hormon Luteining atau Luteining Hormone (LH)
Dengan itu bilamana hormon FSH dan LH telah keluar dengan normal dan seimbang,
maka salah satu dari saluran follicles pecah dan membiarkan telur atau ovum
masuk ke rahim melalui fallopian tube.Follicle dimana telur tersebut dibebaskan
akan ditukarkan menjadi 'corpus luteum' yang merembeskan hormon ' progestrone'
yang amat penting untuk perbentukan telur yang berjaya. Jika telur tersebut
tidak disenyawakan didalam masa 1 hingga 2 hari dalam tempuh penetasan atau 'ovulation'
. Telur tersebut akan mati dan luput, ini akan dususli denga kedatangan haid
atau menses.
2.1 PERINGKAT KEDUA
ALAQAH(BLASTOSIT MENEMPEL PADA UTERUS/SEGUMPAL DARAH) :
Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh .
Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di
dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah yang bermaksud
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
al-Mukminun : 14
Kebanyakan
ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat
berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni
yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
- sesuatu
yang bergantung atau melekat
- pacat
atau lintah
- suatu
buku atau ketulan darah
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga
minggu ketiga di alam rahim.
Di sini, pada bagian ini, satu keajaiban penting dari Al
Qur'an terungkap. Saat merujuk pada zigot yang sedang tumbuh dalam rahim ibu,
Allah menggunakan kata "'alaq" dalam Al Qur'an:
اقْرَأْ
بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ # خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ # اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ
Artinya : "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu
Yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari 'alaq (segumpal darah).
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah."
(QS Al-'Alaq : 1-3)
Erti kata "'
alaq"
dalam bahasa Arab adalah "sesuatu yang menempel pada suatu tempat".
Kata ini secara harfiah digunakan untuk menggambarkan lintah yang menempel pada
tubuh untuk menghisap darah.
Tentunya bukanlah suatu kebetulan bahwa sebuah kata yang
demikian tepat digunakan untuk
zigot yang
sedang tumbuh dalam rahim ibu. Hal ini sekali lagi membuktikan bahwa Al Qur'an
merupakan wahyu dari Allah, Tuhan Semesta Alam.
Dari segi fakta sains pula, kita akan menjumpai keajaiban
ilmiah yang sungguh penting.
Ketika sperma dari laki-laki bergabung dengan sel telur
wanita, intisari bayi yang akan lahir terbentuk. Sel tunggal yang dikenal
sebagai "zigot" dalam ilmu biologi ini akan segera berkembang biak
dengan membelah diri hingga akhirnya menjadi "segumpal daging". Tentu
saja hal ini hanya dapat dilihat oleh manusia dengan bantuan
mikroskop.
Namun, zigot tersebut tidak melewatkan tahap pertumbuhannya
begitu saja. Ia melekat pada dinding rahim seperti akar yang kokoh menancap di
bumi dengan carangnya. Melalui hubungan semacam ini, zigot mampu mendapatkan
zat-zat penting dari tubuh sang ibu bagi pertumbuhannya. (Moore, Keith L., E.
Marshall Johnson, T. V. N. Persaud, Gerald C. Goeringer, Abdul-Majeed A.
Zindani, and Mustafa A. Ahmed, 1992, Human Development as Described in the
Qur'an and Sunnah, Makkah, Commission on Scientific Signs of the Qur'an and
Sunnah, s. 36)
2.2 PERINGKAT KETIGA
MUDGHAH(SEKETUL DAGING) : Pembentukan mudghah dikatakan
berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di
dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud
"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul
daging"
al-Mukminun : 14
Mudghah secara etimologi bermaksud ‘seketul
daging yang telah dikunyah’. Al-Quran menggambarkan tahap ini seumpama
seketul daging atau makanan yang telah dikunyah dan tanda-tanda kesan gigit
dapat dikesan dengan jelas di atas mudghah. Mudghah ini
amat bertepatan dengan tahap somit seperti yang diterangkan oleh sains
embriologi. Perkataan (mudghah) diulang dalam
al-Quran sebanyak 3 kali. Firman Allah S.W.T.dalam surah al-Hajj 22:5
yang bermaksud:
Kami telah menciptakan kamu daripada tanah, kemudian
daripada setitis air benih, kemudian daripada sebuku darah beku, kemudian
daripada seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak
disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak
menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam
kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke
suatu masa yang ditentukan lahirnya.
Dari segi sains pula, peringkat ini
sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang
lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di
dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula
mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih
banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.
Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
2.3 PERINGKAT KEEMPAT
IZAM DAN LAHM(PEMBENTUKAN TULANG) : Pada peringkat
ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang
yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk,
otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da
kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
al-Mukminun : 14
Dari segi sains pula, pada minggu ketujuh terbentuk pula
satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak
dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan
saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan.
Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air
kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan
juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada
minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
2.4 PERINGKAT KELIMA
NASY'AH KHALQAN AKHAR(PEMBENTUKAN JANIN/FETUS) : Pada
peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku.
Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat
janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya
Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup
lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk
menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku
tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
Informasi mengenai perkembangan yang terjadi dalam rahim ibu, baru didapatkan setelah serangkaian pengamatan dengan menggunakan peralatan modern. Namun sebagaimana sejumlah fakta ilmiah lainnya, informasi-informasi ini disampaikan dalam ayat-ayat Al Qur'an dengan cara yang ajaib. Fakta bahwa informasi yang sedemikian rinci dan akurat diberikan dalam Al Qur'an pada saat orang memiliki sedikit sekali informasi di bidang kedokteran, merupakan bukti nyata bahwa Al Qur'an bukanlah ucapan manusia tetapi Firman Allah.
DARI SEGI SAINS :-
- Tahap Pre-embrionik
Pada tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel, dan terbentuklah segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri pada dinding rahim. Seiring pertumbuhan zigot yang semakin membesar, sel-sel penyusunnya pun mengatur diri mereka sendiri guna membentuk tiga lapisan.
- Tahap Embrionik
Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini bayi disebut sebagai "embrio". Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan- lapisan sel tersebut.
- Tahap fetus
Dimulai dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai "fetus". Tahap ini dimulai sejak kehamilan bulan kedelapan dan berakhir hingga masa kelahiran. Ciri khusus tahapan ini adalah terlihatnya fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada awalnya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah nampak. Tahap ini berlangsung selama kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan berlanjut hingga minggu kelahiran.
2.5 PERINGKAT KE ENAM
NAFKHUR-RUH(DITIUPKAN ROH) : Iaitu peringkat peniupan roh.
Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang
berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas
empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ
seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika
di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal
semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui
ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah
al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk
meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t